DASAR PENGEBILAN

Kami berhak untuk menolak sebarang pesanan yang anda lakukan bersama kami. Kami boleh, mengikut budi bicara kami sendiri, mengehadkan atau membatalkan kuantiti yang dibeli bagi setiap orang, setiap isi rumah, atau setiap pesanan.

Sekatan ini mungkin meliputi pesanan yang dibuat oleh (atau) di bawah akaun pelanggan yang sama, kad kredit yang sama dan/atau pesanan yang menggunakan alamat pengebilan dan/atau alamat penghantaran yang sama. Bagi situasi dimana kami membuat sebarang perubahan atau membatalkan pesanan, kami akan cuba memaklumkan kepada anda melalui e-mel dan/atau alamat pengebilan/nombor telefon yang diberikan semasa pesanan tersebut dibuat. Kami berhak untuk mengehadkan atau melarang pesanan yang kelihatan dilakukan oleh peniaga, penjual semula, atau pengedar; menurut pertimbangan kami semata-mata.

Anda bersetuju untuk memberikan maklumat pembelian dan akaun terkini yang lengkap dan tepat; untuk semua pembelian yang dibuat di kedai kami. Anda bersetuju untuk mengemas kini akaun anda dan maklumat lain dengan segera, termasuklah alamat e-mel, nombor kad kredit anda, serta tarikh tamat tempoh (kad kredit) supaya kami boleh menyelesaikan transaksi anda dan menghubungi anda apabila diperlukan.

Untuk butiran lanjut, sila merujuk pada Dasar Pemulangan & Pembayaran Balik kami.

Kami menerima pembayaran yang disokong menggunakan kad kredit, PayPal, dan sistem pembayaran elektronik lain.

Kami menerima pembayaran melalui cek atau cara pembayaran lain hanya jika pilihan ini tersedia di negara anda. Kami juga menawarkan perkhidmatan pembayaran tunai semasa penghantaran bagi negara-negara yang tertentu. Jika pembayaran tunai semasa penghantaran tersedia di negara anda, anda bakal dimaklumkan tentang pilihan tersebut pada halaman pembayaran.

Harga akhir termasuk semua cukai dan yuran bagi Barangan tersebut akan dipaparkan pada halaman daftar keluar; dimana anda bakal membuat pembelian tersebut. Sila ambil perhatian yang harga pada halaman daftar keluar tidak termasuk sebarang yuran atau duti import yang bakal dikenakan oleh pihak kastam negara anda.

Harga untuk Barangan yang dipaparkan di Laman Web adalah tertakluk kepada perubahan. Kami mungkin akan mengenakan diskaun atau mengurangkan harga barangan tersebut dari semasa ke semasa.

Kami berhak untuk mengubah suai atau menghentikan jualan selanjutnya bagi mana-mana produk. Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang pengubahsuaian, perubahan harga, penggantungan (jualan produk), atau pemberhentian penjualan produk kepada anda atau mana-mana pihak ketiga.

Semua harga yang dipaparkan di Laman Web adalah termasuk kos penghantaran antarabangsa dan cukai. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian yang pengguna dari negara yang berbeza mungkin bakal melihat harga produk yang sedikit berbeza – harga tersebut mungkin dipengaruhi oleh Cukai Nilai Tambah (“VAT”) yang akan atau tidak akan diguna pakai bergantung pada setiap kes. Disamping itu, sesetengah pembeli mungkin perlu membayar yuran import bergantung pada alamat penghantaran anda.

Sila ambil perhatian yang berdasarkan kes yang ditakrifkan dalam Terma Perkhidmatan, penghantaran anda mungkin tertakluk kepada yuran import dan caj kastam. Walau bagaimanapun, anda tidak akan dikenakan caj berganda terhadap cukai yang sama - kami tidak akan meminta anda membayar VAT atau yuran import sekiranya produk yang dipesan oleh anda bakal dihantar secara langsung dari China kepada Anda.

Sila ambil perhatian yang kami tidak akan sekali-kali menggunakan sebarang kadar penukaran atau caj yang bergantung kepada kaedah pembayaran pilihan anda. Walau bagaimanapun, sesetengah bank menggunakan kadar penukaran untuk pembayaran keluar dan pindahan antarabangsa – oleh itu, kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang yuran bank atau kadar penukaran yang dikenakan oleh pihak bank anda terhadap sebarang pembayaran yang dilakukan kepada pihak Kami. Jika anda melihat sebarang perbezaan antara harga produk di Laman Web Kami atau resit pembelian dan penyata akaun bank Anda, sila rujuk pihak bank anda untuk mendapatkan penjelasan terperinci tentang caj tambahan tersebut.